Berat beg sekolah mudarat untuk murid

- Advertisement -

BUKU teks, buku aktiviti sekolah, alat tulis, buku kerja, pakaian seragam sekolah agama dan kokurikulum, bekalan makanan dan minuman boleh menyebabkan kesihatan kanak-kanak sekolah terjejas dengan beban berat yang mereka bawa.

- Advertisement -

Kanak-kanak sekolah terpaksa mendaki tangga setiap hari dengan beg berat 10 kg atau lebih, lima hari seminggu. Itulah senario ‘terpaksa’ yang dihadapi oleh anak-anak sekolah rendah hari ini.

JOFRIWalaupun negara kita masih buat kajian, sekolah di luar negara, termasuk di India dan Australia, telah lama mengeluarkan garis panduan untuk guru dan ibu bapa mengatasi masalah beg berat ke sekolah.

Singapura, telah lama menetapkan berat beg ke sekolah tidak boleh melebihi 10 atau 15 peratus berat pelajar. Peraturan dibuat berdasarkan alasan mengelakkan kanak-kanak sekolah daripada cedera.

Kesan mengangkat beg sekolah berat boleh menyebabkan kesakitan pada sendi yang terlibat, letih, tidak selesa, beg sekolah yang terlalu berat menyebabkan ketegangan pada otot bahu dan leher. Perubahan kepada gaya berjalan dan postur badan yang salah akan menyebabkan kesakitan di sendi lutut.

Paha akan melecet jika kanak-kanak sering berjalan sambil membongkok ke hadapan untuk menyokong berat badan di belakang. Kedudukan postur badan yang tidak betul untuk menampung berat beg sekolah akan memberi tekanan pada tulang belakang dan menyebabkan sakit belakang.

Dalam perkembangan sains dan teknologi hari ini, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang lebih maju dengan memperkenalkan penggunaan komputer atau komputer riba untuk mengurangkan penggunaan buku teks.

Penggunaan buku latihan juga dapat dikurangkan dengan menggunakan komputer kerana mereka tidak perlu menggunakan buku latihan lagi. Walau bagaimanapun latihan untuk menulis menggunakan pensil masih diperlukan supaya mereka tidak janggal untuk menulis kemudian.

Mungkin penggunaan komputer di sekolah Malaysia masih minimum tetapi mungkin untuk jangka panjang kerajaan perlu merancang supaya beban yang ditanggung oleh anak-anak sekolah boleh dikurangkan supaya tidak membebankan mereka bukan sahaja beg sekolah berat tetapi sistem pendidikan perlu dikaji semula agar sesuai dengan suasana semasa.

Mungkin ini adalah cara terbaik bukan sahaja untuk mengurangkan beban membawa beg sekolah berat tetapi juga kanak-kanak sekolah dengan senang hati pergi ke sekolah dengan suasana yang menarik untuk belajar.

PAS menggesa Kementerian Pendidikan, pendidik dan ibu bapa untuk memainkan peranan dalam menangani beban beg sekolah berat dan boleh diatasi dengan cara yang terbaik supaya murid-murid sekolah terutamanya sekolah rendah tidak membawa beg berat ke sekolah lagi.

Kerjasama dan perhatian dari pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai. – HARAKAHDAILY 26/12/2018

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak.

- Advertisement -