KPM jangan gopoh ubah buku sejarah

zai cikgu
- Advertisement -

MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) melihat dan berpendapat bahawa cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengubah tajuk dan struktur buku teks sejarah sekolah rendah setelah mengadakan perbincangan dengan pertubuhan sekolah cina dilihat terlalu gopoh, terburu-buru dan tidak adil dengan menafikan hak dan penglibatan majoriti kaum bumiputera Sabah dan Sarawak serta bangsa Melayu di negara ini.

- Advertisement -

Sepatutnya semua NGO yang mewakili kepentingan kaum seperti bumiputera Sabah dan Sarawak serta orang Melayu turut dijemput dan dilibatkan bersama dalam perbincangan tersebut bagi memberikan input dan fakta yang tepat dan jelas berkaitan sejarah kepentingan semua kaum di negara ini, bukan hanya kepada pertubuhan sekolah cina sahaja.

Sehubunagan dengan itu MAPPIM mendesak supaya KPM menghentikan segera cadangan perubahan tersebut dan menggantikannya dengan mengadakan sidang meja bulat dengan segera bersama semua pemimpin NGO yang mewakili kepentingan pendidikan semua kaum dan agama di negara ini, tidak hanya terhad dengan pertubuhan pendidikan sekolah cina sahaja.

MAPPIM juga mencadangkan supaya sejarah kedatangan dan migrasi orang Cina dan India ke Tanah Melayu yang dibawa oleh penjajah bagi tujuan buruh, ditulis dengan betul dan diajar di sekolah rendah agar mereka dapat menghargai persetujuan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama diantara pemimpin orang Melayu, bumiputra Sabah dan Sarawak dengan orang Cina dan India pada masa itu.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif MAPPIM – HARAKAHDAILY 23/12/2018

- Advertisement -