Takziah atas pemergian Ustaz Mustaffa Daharun

KOLEJ Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) melahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian Alfadhil Ustaz Mustafa Daharun, Pengerusi Akademi Darul Ulum, Negeri Sembilan. Akademi ini adalah merupakan salah sebuah rakan akrab kami yang menyalurkan laluan akademik para pelajar mereka di peringkat pengajian tinggi di KUIZM.
 
KUIZM menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Ustaz Mustafa dan anak-anak murid beliau atas kehilangan yang besar ini. Berbekalkan usaha beliau yang tidak pernah kenal jemu dalam dunia pendidikan dan istiqamah beliau atas perjuangan Islam, semoga Allah mengampuni dan merahmatinya, serta mengurniakan kepadanya pahala syahid.
 
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Rektor KUIZM
 
11 Rabiulakhir 1440
20 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 20/12/2018