Pusat Belia Kelantan jadi kenyataan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Hasrat mewujudkan Pusat Belia Kelantan yang tertangguh beberapa tahun sebelum ini akan menjadi kenyataan pada 26 Disember ini.

- Advertisement -

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes), Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, perancangan Pusat Belia dibuat semasa era mantan Pengarah U-Bes, Abdul Aziz Yunus dan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 usaha itu digerakkan semula anggota Exco, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

“Ia dicetus semula melalui resolusi sesi sumbang saran yang diadakan sebelum ini membabitkan pelbagai pihak.

“Maka dicadangkan tingkat atas Medan Usahawan Kota Bharu berhampiran Stadium Sultan Muhammad Ke IV dijadikan Pusat Belia Kelantan,” katanya di sini.

Sehubungan itu kata beliau majlis letak kerja dan pelancaran logo Pusat Belia Kelantan akan disempurnakan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah. Rabu hadapan. – HARAKAHDAILY 20/12/2018

- Advertisement -