PJ N9 Ustaz Mustaffa kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS hari ini kehilangan seorang pemimpinnya apabila Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mustaffa Daharun, 60 tahun, kembali ke rahmatullah jam 8:12 pagi tadi.

- Advertisement -

Berita mengenainya dimaklumkan sendiri anak kedua Almarhum iaitu Ustaz Najmuddin Rabbani Mustaffa bahawa ayahandanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jempol.

Almarhum yang sebelum ini pernah mendapatkan rawatan kerana sakit paru-paru berair dikatakan mengadu sakit dada sebelum dibawa ahli keluarga ke hospital berkenaan awal pagi tadi.

Dimaklumkan jenazah kini telah dibawa pulang rumah dan akan diuruskan di sana sebelum dikebumikan lepas Solat Zohor di Tanah Perkuburan Kampung Padang Lalang.

Terdahulu difahamkan Almarhum yang meninggalkan seorang balu dan sembilan anak dijangka akan disolatkan jenzah di Masjid Kariah Kuala Jempol.

Almarhum Ustaz Mustaffa Daharun pada PRU14 lalu juga merupakan calon PAS bagi kerusi Parlimen Jempol dan Dun Ampangan. – HARAKAHDAILY 20/12/2018

- Advertisement -