Letak jawatan

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak agar dua orang ahli politik meletakkan jawatan ekoran isu rusuhan kuil Sri Mariamman bulan lalu.

- Advertisement -

Pertama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) YB Senator Waytha Moorthy.

ganabatirauKedua ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor YB Ganabatirau.

Kedua-dua ahli politik tersebut mesti mengambil tanggungjawab moral setelah rusuhan tersebut menyebabkan kematian seorang anggota bomba yang dikasihi iaitu Almarhum Muhammad Adib Mohd Kassim, semalam.

Kenyataan awal mereka dalam menangani isu rusuhan kuil sangat menjengkelkan dan lebih mengeruhkan keadaan. Oleh sebab itu, mereka harus meletakkan jawatan.

Sekiranya mereka terus menjawat jawatan, maka ia akan mengakibatkan defisit keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebagai anggota kerajaan, mereka seharusnya lebih bijak memahami keadaan dan menenangkan semua pihak, sebaliknya ucapan mereka telah membangkitkan rasa amarah rakyat.

Hari ini rakyat juga telah melancarkan petisyen supaya kedua-dua mereka meletakkan jawatan dengan segera. Hampir 200,000 rakyat telah menurunkan tandatangan untuk menyokong petisyen tersebut.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 Rabi’ul Akhir 1440 | 18 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 18/12/2018

- Advertisement -