Keadilan buat Muhammad Adib

- Advertisement -

TRAGEDI kematian angota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang telah dibelasah sewaktu insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman ini membawa pengajaran yang sangat besar kepada negara.

- Advertisement -

Hal ini demikian kerana bukan sahaja orang yang ikhlas untuk membantu dan menyelamat telah terkorban, tetapi pihak yang berbohong mengatakan beliau dilanggar jentera bomba ini adalah satu penghinaan kepada mangsa dan memilukan kaum keluarganya.

Menteri yang kononnya memperjuangkan perpaduan bukan sahaja gagal menangani isu ini tetapi terus sombong dan angkuh mempertahankan kenyataan yang menipu dan salah.

Pada masa yang sama, mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian mangsa masih lagi bebas dan masih tiada kedengaran dakwaan dikenakan atas mereka.

Di manakah keadilan dan di mana pertimbangan kemanusiaan pihak pemerintah yang diperjuangkan selama ini?

Rakyat menuntut pihak Peguam Negara segera menyiasat dan mendakwa pihak yang bertanggunhjawab. Jangan ada pilih kasih dalam pendakwaan ini.

Rakyat juga menuntut Menteri Perpaduan dan pihak yang berbohong segera memohon maaf kepada keluarga mangsa khususnya dan seluruh rakyat Malaysia di atas keceluparan kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan.

Ummah Sedang Berduka

AMINUDDIN YAHAYA
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) – HARAKAHDAILY 18/12/2018

- Advertisement -