Permohonan belajar di sekolah Yik menggalakkan

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Permohonan kemasukan ke tingkatan satu sekolah agama kawalan Yayasan Islam Kelantan (Yik) termasuk Maahad Perempuan mendapat sambutan menggalakkan.

- Advertisement -

Pada Sabtu lepas berlaku kesesakan kenderaan di kawasan sekolah di mana ibu bapa yang menghantar anak menduduki peperiksaan di Maahad Perempuan di Jalan Merbau.

Begitu juga di Maahad Muhammadi Lelaki di Jalan Tok Guru dan Mahaad Pengajian Islam (MPI) di Jalan Bayam. Ujian kemasukan tingkatan satu di MPI diadakan semalam.

Manakala Maahad Sains Tok Guru (MSTG) di Pengkalan Chepa seramai 118 pelajar lepasan UPSR menduduki ujian kelayakan untuk ke tingkatan satu sesi 2019.

Pengetuanya Ustaz Zakaria Mohamed berkata, seramai 132 pelajar memohon belajar di sekolah tersebut termasuk lapan dari luar Kelantan.

Menurutnya, Khamis lalu pelajar menduduki ujian lisan di sekolah itu.

“Mana-mana pelajar yang layak menghadapi pula ujian bertulis yang diadakan Sabtu lepas,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, pelajar yang memperolehi 3A 3C tanpa D layak memohon belajar di maahad tersebut.

Katanya, setiap tahun pihaknya akan mengambil pelajar baru seramai 120 orang yang akan ditempatkan di empat kelas.

Sekolah tersebut beroperasi pada 2017 merupakan sekolah prestij tinggi terbaru di bawah kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 17/12/2018

- Advertisement -