Penduduk di kawasan rendah perlu waspada

- Advertisement -

KOTA BHARU: Beberapa sungai utama di Kelantan sekarang di peringkat bahaya selepas hujan tanpa henti dan sekali sekala lebat sejak dua hari lalu.

- Advertisement -

Menurut portal e-Banjir kenaikan paras air sungai di peringkat bahaya di Sungai Golok Rantau Panjang.

Selain itu sungai di tahap bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang dengan bacaan 35 meter berbanding tahap normal 23 meter.

Sungai Kelantan di Tangga Krai (25 meter) berbanding paras normal 17 meter dan Sungai Golok di Rantau Panjang (9 meter) berbanding normal 5 meter.

Sungai Galas di Dabong pagi tadi (38 meter) melebihi bacaan normal 28 meter, manakala Sungai Lebir di Tualang (35 meter) melebihi paras normal 23 meter.

Walaupun hampir kesemua jajahan di negeri itu mengalami hujan lebat, namun belum ada pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di negeri itu sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Mumtaz Md Nawi menasihatkan penduduk berwaspada di musim tengkujuh sekarang.

Katanya, penduduk yang tinggal di kawasana rendah dan mudah dinaiki air diminta lebih berwaspada.

“Ambil ruang secukupnya untuk mengemas rumah masing-masing bagi persiapan menghadapi banjir.

“Dokumen penting disimpan di tempat yang lebih selamat,”ujarnya.

Beliau mengingatkan orang ramai mengikuti perkembangan semasa berkaitan banjir dari pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 17/12/2018

- Advertisement -