Solat, munajat selamatkan umat Islam Uighur

- Advertisement -

JUMLAH populasi umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang.

- Advertisement -

Mereka etnik minoriti Cina berbahasa ‘Turkic’ (lebih hampir dengan Uzbekistan), mempunyai hubungan kaum dan budaya dengan negara Asia Tengah.

Segelintir penganalisis geopolitik merujuk Xinjiang sebagai negara Turkistan Timur.

Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur di Xinjiang.

Laporan PBB mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan.

Beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada telah mengutuk kekejaman China dalam persidangan Hak Asasi Manusia PBB, Oktober lalu.

Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Wisconsin Muslim Journal, kem tahanan umat Islam Uighur disifatkan sebagai, “horrific sites where fear and physical violence, pyschological trauma and emotional abuse are all available tool”.

Tidak sekadar itu, mereka juga dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis.

Lanjutan itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengajak seluruh umat Islam di Malaysia bermunajat dan melakukan solat hajat esok selepas solat Jumaat di seluruh negara untuk memohon bantuan Allah bagi menyelamatkan umat Islam Uighur di China khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
5 Rabi’ul Akhir 1440 | 13 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 13/12/2018

- Advertisement -