Kebajikan pendeposit, bakal haji mesti diutamakan

- Advertisement -

KES Tabung Haji (TH) semakin menarik, kalau ada yang menyalahi undang-undang harap didakwa segera tidak perlu berlengah-lengah.

- Advertisement -

RCI mesti ditubuhkan untuk membuat siasatan menyeluruh, bukan sahaja kerugian terdekat malahan penglibatan TH di dalam pelaburan yang terdahulu kerana ia mempunyai kaitan.

idrisWalaupun TH hendak diletakkan seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) kononnya lebih telus. Tidak nafikan integriti pegawai Bank Negara yang hebat.

Bukankah Bank Negara juga pernah mencatatkan kerugian hampir AS$10 bilion (RM40 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang? Mungkin ini di luar kawalan pegawai BNM kerana ada tangan ghaib yang lain. Ini yang menjadi kebimbangan kita.

Rakyat jangan hilang fokus, jangan lupa isu ICERD, janji manifesto PH yang tidak tertunai seperti hapus tol, PTPTN yang masih panas, hutang peneroka Felda, kos sara hidup semakin meningkat, harga getah RM1.90 sekilo, harga sawit RM250 setan, harga petrol tidak turun, hanya hujan yang turun.

Jangan hilang tumpuan apabila melihat karnival keluar parti dan lompat parti sedang berlangsung. Semua strategi untuk lupa isu pokok.

Apapun yang berlaku kepada TH, jangan berlaku zalim kepada pendeposit yang 100 peratus orang Islam.

Jangan terkesan hibah TH 2018 nanti. Pendeposit tidak mahu dengar tahun ini tidak ada hibah kerana TH mengalami defisit RM4.1 bilion. Jangan sama seperti alasan tidak boleh tunai janji manifesto PH kerana negara banyak hutang.

Apakah tahun 2019 tambang haji akan meningkat?

Apapun penyelesaian biarlah kepentingan pendeposit dan bakal jamaah haji mesti diutamakan.

Hentikanlah perbicaraan di mahkamah media. Apakah tindakan ini menguntungkan TH dan pendeposit TH?

Saya bimbang ia akan memberi kesan yang besar terutama TH yang banyak melabur di bursa saham akan terjejas.

Siapa yang rugi? Sudah tentu umat Islam yang 100 peratus menjadi penyimpan.

Jangan lari daripada matlamat penubuhan TH iaitu untuk kepentingan umat Islam dan bakal haji.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
13 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 13/12/2018

- Advertisement -