Jangan kambing hitamkan Tabung Haji

- Advertisement -

SHAH ALAM: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap isu Tabung Haji tidak dijadikan ‘kambing hitam’.

- Advertisement -

“Jangan kambinghitamkan Tabung Haji,” katanya dalam Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, masalah yang timbul harus diselesaikan dengan seadil-adilnya dan tanpa mempunyai agenda politik.

“Selesai dengan seadil-adilnya, jangan ada agenda politik sahaja.

“Masalah bukan datang dari Tabung Haji sahaja tetapi dari Perwaja, KWSP dan tenggelam dalam lipatan sejarah.

“Jangan Tabung Haji dikambinghitamkan kerana Tabung Haji melambangkan agama Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/12/2018

- Advertisement -