Cuti 9 Dis beri makna besar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Langkah kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa 9 Disember lalu memberi makna besar terhadap perjuangan orang Melayu dan agama Islam.

- Advertisement -

Bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan Abdul Fatah Haron berkata, tanpa kebangkitan rakyat bagi mempertahankan perlembagaan Sabtu lepas, kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih cenderung meratifikasikan ICERD.

Katanya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini secara jelas menyatakan Malaysia tetap mahu meratifikasi ICERD.

“Keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD buat masa sekarang tidak boleh dilihat ‘sebelah mata’ kerana ia berkaitan peraturan peringkat antarabangsa,” katanya di sini.

Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, pengumuman cuti peristiwa 9 Disember oleh kerajaan Kelantan dianggap tidak wajar.

Abdul Fatah Yang Dipertua PAS Rantau Panjang berkata, pengumuman yang dibuat Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memberi cuti peristiwa sebagai mewakili rakyat bagi mempertahankan hak mereka. – HARAKAHDAILY 12/12/2018

- Advertisement -