Apa pendirian Presiden PAS terhadap Tun Mahathir?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak mahu menghukum Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya mengambil pendekatan nasihat antara mereka.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau perlu menasihati Tun dan sebaliknya Tun juga perlu menasihati beliau, selain masing-masing juga sering melontarkan komen sesama mereka dahulu dan sekarang.

Pengakuan tersebut diungkapkan beliau pada program Bicara Minda Bersama Presiden PAS anjuran Sinar Harian yang telah dilangsungkan di syarikat media itu di Shah Alam, petang tadi.

“Jadi tolak, tolak campur ini, kita ambil yang positif, kita tolak yang negatif. Tun, dia ada peranan dia menjadi PM dalam tempoh yang panjang. Kemudian dia sambung balik (jadi) PM.

“Orang lain tak jadi PM lagi, baru andaian. Dia (Tun jadi PM) sudah berlaku. Kita sedar ada kelemahan-kelemahan dia dan ada kebaikan dia, kita kena sedar. Saya tak mahu sentuh pasal Tun ini. Apa yang penting kita tak terikat dengan Tun.

“Kita ada jati diri kita sendiri, ada kekuatan kita. Dengan sebab itulah pilihan raya baru-baru ini, kita mengambil jalan tengah, tidak bersama dengan BN, tidak bersama dengan PH,” jelasnya.

Beliau turut menyeru supaya konsep Federalisme dalam penghayatan politik negara diamalkan dengan masing-masing melaksanakan kuasa antara negeri dan Pusat atau keduanya. – HARAKAHDAILY 12/12/2018

- Advertisement -