TH: Antara Menteri, mantan PM dan Mufti

- Advertisement -

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan SPV diwujudkan untuk memulihkan semula TH, termasuk kemungkinan menjual aset TH yang tidak ‘perform’.

- Advertisement -

Ulasan mudah DS Najib dalam Malaysiakini boleh membuat kita berfikir lebih jauh daripada Menteri PH. 

Sebenarnya, bukan TH sahaja yang rugi dengan trend keluarnya pelabur asing daripada Bursa Malaysia pada era Kerajaan PH.

4 tahun TH memberikan dividen ‘haram’. Tuduhan besar terhadap mekanisme kawal selia kewangan negara, termasuk BNM dan syarikat-syarikat yang pernah menjadi juruaudit TH, termasuk Jabatan Audit Negara. Sampai tidak menyedari ‘salah laku’ kewangan sebesar itu.

Ini adalah situasi yang lebih ‘mengejutkan’ dan ‘membimbangkan’ kepada pelabur asing tentang situasi pelaburan dan kawal selia pelaburan di Malaysia.

Mufti Perlis dilaporkan mengecam pengkhianat yang memakai baju agama dalam ‘skandal dividen haram TH’. Persoalannya, siapakah pengkhianat yang memakai baju agama itu? Adakah tiga pegawai kanan TH yang dibuat laporan polis ke atas mereka, atau juruaudit yang mengaudit TH?

Persoalan menentukan siapakah ‘pengkhianat yang memakai baju agama’ dalam isu TH juga perlu dijelaskan. Jika tidak, ia menjadi tuduhan rambang yang boleh terkena kepada pelbagai pihak. Jika ditentukan siapakah ‘pengkhianat yang memakai baju agama’ itu, ia akan mengelakkan ramai pihak yang tidak berkaitan daripada turut terpalit dengan label itu.

Walaupun aset TH disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah lebih rendah daripada liabiliti, dan itu sepatutnya menghalang TH daripada memberi ‘hibah’ kepada pendeposit mengikut Akta Tabung Haji, namun YB Menteri tetap menyatakan beliau yakin TH tetap akan memberikan dividen kepada pendeposit untuk tahun ini.

Pelik. Salahkan kerajaan lama, tetapi mengikut jejak kerajaan lama. Sepatutnya, jika betul begitu YB Menteri akan isytiharkan tiada dividen untuk pendeposit TH bagi tahun ini!

Mungkin TH akan segera untung apabila aset TH yang tidak ‘perform’ akan dijual oleh pengurusan baru TH, dan boleh bayar dividen.

Yang lebih kita bimbang, wujudnya pengkhianatan di atas pengkhianatan sedia ada kepada aset simpanan umat Islam negara kita ini, yang merugikan TH dan para pendeposit. Akhirnya yang untung ialah pihak ‘yang menangguk di air yang keruh’!

Walaupun DS Najib dilihat dan diharap tiada lagi masa depan dalam politik di negara kita, namun komen beliau sebagai pemerhati politik Malaysia Baharu masih mempunyai merit.

Siapakah daripada kita yang telah bersedia menerima hakikat, TH tidak lagi akan membayar dividen kepada para pendeposit kerana liabiliti TH adalah lebih besar daripada asetnya? 

ZAKARIA ISMAIL
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Marang
11 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 11/12/2018

- Advertisement -