Tabung Haji: Serah kepada audit bebas

- Advertisement -

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu menyerahkan kepada audit luar dan bebas untuk melakukan audit terhadap akaun Tabung Haji (TH). Sudah banyak kali kerajaan PH bermain dengan angka bagi mengelirukan masyarakat. Penilaian aset TH sehingga dikira lebih rendah daripada nilai pendeposit boleh terdedah kepada permainan angka yang mengelirukan.

- Advertisement -

TH adalah aset besar bagi umat Islam. Jangan pula ia dijadikan alasan untuk menutup kelemahan kerajaan PH membayar dividen sepertimana sebelum ini kepada para pendeposit TH.

Jangan juga ia menjadi satu hasutan halus agar umat Islam mengeluarkan deposit mereka dari TH sehingga akhirnya menumbangkan satu gergasi besar aset umat Islam sebagaimana kegemparan yang pernah dibuat oleh seorang pimpinan PH yang selalu mencipta kontroversi dan persepsi walaupun sesama mereka sendiri.

Cadangan penjualan aset TH untuk menyelesaikan kononnya permasalahan kewangan TH bakal mendedahkan aset TH yang merupakan aset umat Islam kepada pemilikan pelbagai pihak luar. Ia perlu ditangguhkan sehingga audit luar mengesahkan dakwaan menteri. – HARAKAHDAILY 11/12/2018

- Advertisement -