Sertai PAS untuk perjuangan bermaruah

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melihat lompat parti merupakan satu perkara yang menjijikkan. Ini kerana pemilihan sewaktu pilihan raya adalah mewakili parti yang diwakili.

- Advertisement -

Saya melihat keadaan sekarang, wakil rakyat seolah-olah terlalu bebas menentukan pilihan parti walaupun selepas menang dalam pilihan raya.

Saya membuat komen ini berikutan satu sebaran dalam media sosial yang mengatakan Umno Sabah akan dibubarkan. Walaupun ada kemungkinan sebaran itu tidak tepat, tetapi sebelum ini pun, sudah ada beberapa pemimpin Umno dan UPKO yang secara bebas menukar parti setelah menang pilihan raya.

Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, saya menjemput dengan rendah diri agar ahli-ahli dan pimpinan yang tidak puas hati dengan wakil-wakil rakyat mereka, marilah sertai PAS. Kami diajar supaya bekerja dan berjuang biarpun kalah dalam pilihan raya. Jangan kecewakan para pengundi.

Sepatutnya para wakil rakyat meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum melompat ke parti lain. Jadilah ahli politik yang bermaruah dan benar-benar berjuang untuk rakyat. Bukan hanya kerana parti mereka tidak berkuasa, maka secara bebasnya mereka boleh lompat ke mana-mana.

MOHD AMINUDDIN ALING 
Pesuruhjaya PAS Sabah
11 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 11/12/2018

- Advertisement -