Masalah LGBT kritikal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) semakin kritikal bukan setakat dalam filem dan drama malah melalui watak dalam lakonan iklan serta program komedi.

- Advertisement -

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah kerajaan untuk menyekat unsur-unsur budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di Malaysia.

Katanya, suatu ketika dahulu artis-artis komedi yang asalnya nampak sebagai lelaki sejati mula membawa watak lembut.

“Kononnya dengan membawa watak seperti filem atau drama itu menjadi pelaris,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau mempersoalkan, apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam negara kita.

“Apakah rakyat semakin minat dengan perwatakan sebegini sehingga merubah sosial budaya,” katanya.

Apakah tiada garis panduan penerbitan mengenai perkara tersebut serta adakah undang-undang yang ada tidak cukup jelas dan perlu dibuat penambahan, tegasnya,

Beliau menegaskan LGBT  dari sudut Islam merupakan satu jenayah moral yang berat.

- Advertisement -