Fakulti Undang-Undang USIM belum diiktiraf Bar Council

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim mohon penjelasan Kementerian Pendidikan status Universiti Awam seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) daripada Fakulti Undang-Undang yang didakwa belum lagi diiktiraf oleh Bar Council.

- Advertisement -

Beliau berkata, jika benar USIM masih belum diiktiraf apakah halangan yang menyebabkan fakulti tersebut tidak diiktiraf.

“Jadi saya ingin tahu betul atau tidak Fakulti Undang-Undang yang terdapat di Usim ini tidak diiktiraf,” katanya ketika membangkitkan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di Dewan Rakyat.

Katanya, sekarang ini USIM berada di bawah IPTA yang masih lagi dalam kawalan kerajaan tetapi tidak dihormati.

Beliau berakata, apakah apabila diberi autonomi dan ada Jawatankuasa Senator yang memutuskan tetapi  perkara itu masih tidak lagi dihormati.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata; sebuah universiti terutamanya Universiti Awam jika mereka ingin menawarkan sesuatu kursus yang baru, mereka perlu dapatkan kelulusan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

- Advertisement -