ICERD: Lebih 500 sukarelawan amal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: 8 Dis (Hrkh)- Seawal jam 9.00 pagi para peserta dan penyokong bantahan ICERD mula kelihatan muncul di beberapa jalan utama menuju ke Kompleks SOGO, pagi ini.

- Advertisement -

Sekitar jam 9.45 pagi, para pendemontrasi telah mencecah ribuan orang.

Tinjauan awal Harakah mendapati, sementara menunggu jam 2.00 petang, orang ramai telah berpusu-pusu masuk ke kompleks tersebut.

Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Sauji Abd Rasid memaklumkan, seramai 500 hingga 600 anggotanya bertugas bagi mengawal keselamatan peserta himpunan tersebut.

Katanya, situasi para peserta himpunan kesyukuran bantah ICERD terkawal.

Menurutnya, melihat suasana kehadiran orang ramai pagi ini dijangkakan puluhan ribu rakyat akan berkumpul di sekitar Kompleks SOGO sahaja.

“Alhamdulillah, keadaan terkawal dan kami (JAM) menyediakan lebih 500 orang sukarelawan amal.

“Tugas kami untuk jaga keselamatan peserta dan kelancaran perjalanan himpunan ini.

“Pihak kami juga akan pantau sebarang usaha provokasi jika ada, InsyaAllah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bertugas di Jalan Kompleks SOGO, ibu negara, hari ini.

Menurutnya, lokasi perhimpunan aman kesyukuran bantah ICERD di perkarangan SOGO menjadi tempat tumpuan beberapa buah negeri.

Antara katanya, para peserta demo ICERD daripada negeri Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor dan sekitar ibu negara.

 

- Advertisement -