Pertembungan dua himpunan 8 Dis?

bantah
- Advertisement -

BANYAK cubaan dilihat untuk menggagalkan Himpunan 812, Sabtu ini. Beberapa isu sengaja disensasikan untuk menampakkan Himpunan 812 ganas dan tidak relevan. Bermula dengan isu ‘rusuhan’ kuil, PAS berwajah ekstrem, dan PAS-Umno sebagai golongan Melayu jalur keras. Para mufti juga dijemput untuk mengulas Himpunan 812. Paling tidak boleh dilupakan, kenyataan sarkastik dan dangkal seperti ‘tempahan tshirt’, ‘sedekah pisang’ dan ‘kenduri kesyukuran’.

- Advertisement -

Isu sensasi seperti ini tidak akan melemahkan semangat peserta Himpunan 812. Malah, mereka semakin kental menyahut seruan berhimpun secara aman bagi menyatakan penolakan secara tegas terhadap usaha kerajaan untuk meratifikasi baki enam lagi konvensyen hak asasi manusia terutama ICERD dan ICCPR. Apatah lagi, isu-isu ini melibatkan kepentingan Islam, survival orang Melayu dan kedaulatan negara.

Terbaru, media cuba melaga-lagakan akan berlaku pertembungan dua ‘himpunan besar’ pada 8 Disember ini. Satu, Himpunan 812 yang dianggarkan 500,000 orang di Dataran Merdeka, manakala satu lagi himpunan hak asasi manusia anjuran SUHAKAM di Padang Timur, Petaling Jaya. Ditonjolkan pula Perdana Menteri sebagai tetamu utama program SUHAKAM. Diulang sebut juga perkataan ‘himpunan’ atau ‘rally’ bagi mencetus rasa kurang senang.

Adakah benar akan berlaku satu pertembungan ‘himpunan besar’ tersebut?

Program SUHAKAM ialah ‘SUHAKAM’s 2018 Human Rights Day Celebration’. Program ini telah dirangka sejak tiga bulan yang lalu. Bertujuan untuk meraikan Hari Hak Asasi Manusia pada 10 Disember dan menyambut ulang tahun ke-70 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat PBB. Adakah ia satu himpunan? Secara umumnya, program ini seperti karnival masyarakat, pameran, reruai, persembahan wayang kulit, aktiviti permainan dan petunjukan video.

Hanya media seperti The Star yang cuba mencetuskan kontroversi dengan menggambarkan dua kumpulan yang akan bertembung pada hari yang sama bersama agenda masing-masing. – HARAKAHDAILY 6/12/2018

- Advertisement -