Himpunan 8 Disember adalah himpunan rakyat

- Advertisement -

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia menyokong gesaan semua pihak yang mengajak seluruh rakyat Malaysia turun berhimpun pada 8 Disember bagi meraikan kemenangan tidak meratifikasikan ICERD.

- Advertisement -

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob untuk memberikan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Kelantan untuk hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur sempena meraikan kemenangan rakyat.

Memberikan cuti peristiwa adalah sesuatu yang normal dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Selalunya diberikan untuk meraikan sesuatu kemenangan, contohnya kemenangan merangkul piala bola sepak. Seawal memegang tampuk kuasa, Kerajaan PH memberikan cuti peristiwa selama 2 hari. Adakah pihak pemuda Pakatan Harapan lupa akan perkara ini?

Dengan ini, kami menggesa pihak pemuda PKR, terutama Syed Badli Shah Syed Osman, Naib Ketua Pemuda PKR, menarik balik kenyataan tidak matang beliau terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera – HARAKAHDAILY 6/12/2018

- Advertisement -