Apa mekanisma martabat maahad tahfiz?

taki3
- Advertisement -

KUALA LUAMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan meminta penjelasan berhubung bentuk mekanisma majlis tahfiz yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memartabatkan institusi maahad tahfiz.

- Advertisement -

Menurutnya, langkah kerajaan menubuhkan majlis tahfiz diharapkan tidak menyulitkan usaha pembentukan maahad tahfiz oleh setengah yang mungkin tidak mempunyai syarat lengkap yang telah ditetapkan.

“Ini kerana ia (pembentukan maahad tahfiz) ini amat penting kepada negara bagi mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan remaja,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada sesi pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang menyokong dan menyambut baik usaha kerajaan merangka pelbagai kaedah dan cara untuk memartabatkan institusi sekolah maahad tahfiz.

Namun begitu, beliau berasa tidak adil apabila wujudnya satu persepsi buruk terhadap institusi maahad tahfiz.

“Seolah-olah maahad tahfiz ini tidak selamat, terbakar…saya minta maaf YB Lembah Pantai, maahad tahfiz gangguan seksual, seolah-olah inilah yang berlaku di maahad tahfiz.

“Sedangkan kita tahu bahawa maahad tahfiz ini telah melahirkan individu yang berjiwa besar dan beriman serta akhirnya mereka bukan semua menjadi hafiz tetapi mereka menjadi orang profesional. Ada pilot hafiz, ‘lawyer’ hafiz dan doktar hafiz, ramailah.

“Jadi saya ingin mendapatkan pandangan, bagaimana bentuk mekanisma majlis tahfiz yang akan ditubuhkan?” soalnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS turut mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap maahad tahfiz tidak berdaftar yang masih lagi banyak di negara ini.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fauziah Salleh berkata diperingkat kerajaan mengangkat dasar pendidikan tahfiz negara yang telah diluluskan oleh Majlis Raja-raja ke peringkat lebih tinggi.

Tambahnya, berhubung maahad tahfiz yang tidak berdaftar, kerajaan bercadang untuk membantu mendaftarkan maahad tahfiz tersebut.

“Kita menekankan kepada pendaftaran itu supaya senang pihak kerajaan untuk mengawal selia dari sudut kurikulum, kebajikan guru, keselamat murid dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/12/2018

- Advertisement -