ICERD : Himpunan Perdana bukti rakyat bantah

- Advertisement -

KENYATAAN Media Pejabat Perdana Menteri mengenai keputusan Kerajaan yang tidak akan meratifikasi masih lagi tidak meyakinkan rakyat. Ini kerana sikap Kerajaan yang sentiasa mengambil sikap U-Turn menyebabkan rakyat masih ragu-ragu dengan pendirian Kerajaan.

- Advertisement -

Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum (ICERD) akan diteruskan walaupun Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan mustahil akan melaksanakannya.

Ini kerana, himpunan tersebut akan membuktikan kepada Kerajaan kekuatan orang Islam dalam mempertahankan agama. Setiap agama mempunyai perbezaan tertentu, penerimaan ICERD menyebabkan semua agama dan bangsa adalah sama. Menerima konvensyen ini untuk tujuan penghapusan diskriminasi agama dan bangsa ini jelas sekali bertentangan dengan semua agama.

Penerimaan ICERD ini juga akan membuka pintu kepada semua pihak untuk campur tangan dalam negara kita sekali gus menghapuskan konsep Raja Berdaulat.

Justeru itu, Himpunan Perdana ini akan menzahirkan kepada Kerajaan bahawa rakyat membantah ratifikasi ini dan Kerajaan yang sekadar mengeluarkan kenyataan yang dilihat sangat longgar tidak mampu menjanjikan bahawa Kerajaan tidak akan meratifikasinya pada masa hadapan malah berkemungkinan besar Kerajaan buat pusingan U meratifikasi semula ICERD.

Oleh itu, saya menyeru seluruh umat Islam khususnya, sudah menjadi fardhu ain kepada kita mempertahankan agama dan saya menyeru seluruh rakyat bersama-sama bangkit mempertahankan hak kedaulatan pada hari 8 Disember ini.

”Islam Memimpin” 

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 4/12/2018

- Advertisement -