Pelantikan NC UA langkah angkat pendidikan tinggi

- Advertisement -

REFORMASI institusi yang menjadi impian perubahan rakyat di era Malaysia Baharu diharap sedang dirintis Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tanda aras baharu itu dilihat menerusi pertimbangan KPM terhadap faktor kepimpinan yang menyeluruh dalam pelantikan teraju utama di Universiti Awam (UA).

- Advertisement -

Penilaian sedemikian adalah inisiatif terkini yang wajar diteruskan serta menjadi kriteria standard untuk melantik Naib Canselor (NC) di seluruh UA di Malaysia. Ia bagi memastikan hasrat menjayakan UA agar dapat melahirkan modal insan rabbani yang berkemampuan dan berintegriti tinggi akan tercapai.

Pelantikan Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor sebagai NC Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 1 Januari 2019 nanti membuka era baharu itu. Beliau merupakan pakar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang dihormati dan disegani di peringkat antarabangsa. Selain turut dikenali selaku pemimpin profesional berketerampilan.

Kami yakin beliau akan memacu UKM ke arah kecemerlangan lebih tinggi terutama sebagai salah satu universiti penyelidikan tersohor di tanah air. Seterusnya meletakkan UKM pada kedudukan terkemuka di pentas antarabangsa. Setinggi-tinggi tahniah dari kami kepada Prof Ir Dr Mohd Hamdi atas kepercayaan diberi ke jawatan tersebut.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Adun Batu Buruk – HARAKAHDAILY 3/12/2018

- Advertisement -