812 himpunan rai kejayaan rakyat

- Advertisement -

BERBULAN lamanya selepas kenyataan Menteri Perpaduan (baca: Perpecahan) Waytha Moorthy melaungkan bahawa kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun 2019.

- Advertisement -

Telah berhempas pulas NGO-NGO, badan gerakan Islam, gerakan Bumiputera Sabah dan Sarawak, Persatuan Gerakan Mahasiswa, pakar undang-undang, pakar Perlembagaan dan pakar sejarah memberi penjelasan demi penjelasan, debat dan wacana demi menyampaikan kepada seluruh bangsa Melayu Islam dan Bumiputera akan bahaya dan bahana ICERD sekiranya ditandatangani.

Akhirnya, satu warkah dari Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan tidak akan menandatangani ICERD. Kegembiraan yang perlu disyukuri dan dirai.

Walaupun kita sedar bahawa selepas kenyataan rasmi memanda Perdana Menteri, masih ada lagi Menteri-menteri kelihatan seperti tidak sehati.

Menteri Agama, Mujahid Yusof Rawa umpamanya tidak sampai 24 jam kenyataan Perdana Menteri beliau sudah keluarkan satu kenyataan bahawa dengan menolak ICERD kita akan menjadi negara mundur. Sehingga mendapat pujian Makcik Siti Kassim di Twitter!

Menteri Luar Saifuddin Abdullah masih lagi dianggap hero golongan pro-ICERD di Twitter. Waytha Moorthy juga masih lagi berdiam diri berkenaan dengan ICERD.

Begitu juga, individu-individu pro-ICERD yang diketahui berada di dalam kerajaan tidak berdiam diri. Terus menerus menyatakan sokongan meratifikasi ICERD.

Justeru, saya kira adalah satu tanda solidariti ummah untuk menyatakan sokongan dan menunjukkan kesatuan kita merentasi bendera dan tembok politik untuk turun dan hadir berhimpun secara aman, mengalun selawat dan salam ke atas Baginda Nabi S.A.W!

Semoga kehadiran sejuta ummah di Himpunan Meraikan Kejayaan Rakyat di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 ini membawa satu isyarat bahawa kesatuan ummah Melayu Islam dan Bumiputera di Malaysia tidak seharusnya dipandang enteng oleh Kerajaan pemerintah.

TURUN812

Hidup Rakyat!
Bangkit Ummah!

HAZWAN MOHAMAD,
Presiden,
Professional Muslim Community. – HARAKAHDAILY 2/12/2018 

FB IMG 1543750860217

- Advertisement -