Kemuka undi tidak percaya di Parlimen

- Advertisement -

MUNGKIN sudah cukup alasan undi tidak percaya kepada kerajaan Pakatan Harapan dikemukakan di Parlimen bagi menjamin hak Melayu/Islam dan pribumi terbela di bumi sendiri.

- Advertisement -

Red Indian pun ada haknya di Amerika dan demikian juga peduduk awal di Ausralia dan New Zealand.

Apakah orang Melayu rasa memadai jadi macam itu 50 tahun atau 100 tahun akan datang?

Dengan diratifikasi ICERD, apa jua jaminan yang kerajaan Pakatan Harapan beri, sentiasa menjadikan Islam, Melayu dan pribumi seperti telur di hujung tanduk. Nescaya bermulalah mereka menumpang di negara sendiri.

Umno dan Barisan Nasional tidak pernah menyeronokkan orang Melayu sebelum dan selepas merdeka. Apa yang dijanji mereka samalah dengan janji yang Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri tentang ratifikasi ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum) dan ramailah orang Melayu dulu-dulu memberi khidmat bibir konon tiada apa yang perlu dibimbang tentang masa depan kita tentang apa yang dipanggil sekarang kontrak sosial seperti yang beberapa orang menteri PH tentang puaka ICERD sekarang.

Dan paling teruk dan buruk rekod kerajaan dahulu yang dirasa oleh semua ia ibu segala rasuah dan rompakan ke atas kekayaan negara.

Semua kita menentangnya. Baik kita menyertai PRU14 satu lawan satu atau tiga penjuru, semuanya setuju kerajaan itu digantikan. Jangan syok sendiri mentohmah PAS tidak mahu Putrajaya digantikan.

Orang bukan Melayu tidak rasa apa-apa janji tidak bertanggungjawab Umno sebelum dan selepas merdeka. Ia tidak menyentuh peluang yang ada masa itu dan peluang masa depan yang cerah. Hanya apabila kekayaan rakyat dirompak dan rasuah jadi agenda utama pemimpin, baharulah semua terasa menghukum kerajaan itu.

Apa yang semua mahu ialah mewujudkan pemerintahan yang baik dan bersih rasuah/penyelewengan. Bukan menghadiahkan rakyat yang masih majoriti tetapi ketinggalan dalam ekonomi dan pelajaran dengan pelaksanaan program Malayan Union British pra merdeka dan program Malaysian Malaysia impian Lee Kuan Yew konon menyamaratakan semua tanpa sebesar hama diskriminasi kaum.

Semua menolak Malayan Union dan Malaysian Malaysia kerana ia tidak sebesar hama pro-Melayu dan pribumi. PAS konsisten melihat konsep perjuangan kemerdekaan Umno dan pengisian kemerdekaan yang tidak berwawasan, tidak nasonalisik dan tidak patriotik, tetapi seuzur-uzur Umno itu tidaklah sehampas kerajaan enam bulan PH.

Umno tidak melaksanakan dasar bahasa rasmi dan dasar pelajaran kebangsaan. Gagal mewujudkan sekolah satu bahasa penghantar, gagal mendaulat Islam sekalipun tanpa hudud, tetapi ia tidak toleran dengan peperiksaan Taiwan dalam sistem pelajaran kita, dan tidak terima ICERD tahun 1969 yang memulakan semula pemikiran Malayan Union dan Malaysian Malaysia yang menyamaratakan Melayu/pribumi dengan semua kaum.

Menyamaratakan/mendaksamakan kaum adalah keadilan, tidak pro Melayu/pribumi, menjadi mereka senasib dengan Red Indian adalah satu kezaliman.

Membawa usul tidak percaya kepada kerajaan PH adalah wajar sebelum nasi lembik menjadi bubur. Usul itu dapat mendedahkan kelemahan kerajaan PH dan dasarnya tidak Malaysia, gagal menjamin harapan rakyat setelah menghukum empayar rasuah BN/Umno, mewujud pecah belah rakyat, tidak menjamin perpaduan dan harmoni, gagal mengekal layan saksama kepada semua sebelum ini.

Tidak sekali-kali usul ini hendak memuji kepincangan kerajan lama dan tidak hendak mengembalikannya kepada kerajaan dan sistem hodohnya dahulu, tetapi mahu mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan untuk semua.

Bapak rasuah dan penyangak serahkan kepada Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jutaan anak Umno bebas rasuah dan jutaan zuriat kita mahu hidup adil untuk semua tetapi tidak anti Melayu.

Luluskah usul itu tidak berbangkit, tetapi tidak Malaysianya perlu didedahkan. – HARAKAHDAILY 1/12/2018

- Advertisement -