PTPTN: Pemimpin PH jelas ‘kluk klik’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dalam tempoh tujuh bulan tiga keputusan berbeza dibuat pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkaitan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

- Advertisement -

Ketika kempen Pilihan Raya Umum lepas, PH melancarkan manifesto bayaran balik pinjaman PTPTN dibuat apabila gaji graduan mencapai RM4,000.

Bagaimanapun ketika pembentangan Belanjawan 2019 bulan lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Namun tidak lama selepas itu diumumkan pula potongan pinjaman PTPTN akan dibuat apabila gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan pada kadar dua peratus.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tindak tanduk pemimpin PH banyak ‘kluk klik’ yang berubah mengikut keadaan.

“Sedangkan sebelum ini mereka melabelkan kita sering kelu klik, sedangkan hakikat sebenar pemimpin parti itu lebih kelu klik sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu di sini hari ini.

Menurutnya dalam isu PTPTN jelas menggambarkan pemimpin PH membuat keputusan yang berbeza dalam masa singkat. – HARAKAHDAILY 30/11/2018

- Advertisement -