Pembangunan tidak terancang punca air keruh

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pembangunan tidak terancang menjadi salah satu punca sumber air di negara ini mengalami kekeruhan tinggi sehingga melebih 1,000 nephelometric turbidity units (NTU).

- Advertisement -

Ketua Pengarah Jabatan Air Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Dato’ Ir Noor Azahari Zainal Abidin berkata, sejak 10 tahun lepas banyak kes yang melibatkan kekeruhan air.

Menurutnya, apabila situasi itu berlaku, loji rawatan air tidak akan berfungsi kerana kemampuannya hanya merawat air mentah di bawah 1,000 NTU.

“Sebagai contoh baru-baru ini di Sungai Bilut Raub NTU melebihi 10,000 NTU setiap kali berlaku hujan lebat, air akan menjadi keruh melebihi 1,000 NTU.

“Kesannya loji terpaksa ditutup dan tidak boleh beroperasi selama 6 jam tetapi kesannya sampai tiga empat hari bekalan air baru pulih semula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup persidangan dan pameran Malaysian Water Engineer Action Committee (MyWAC) 2018 di sini.

Persidangan tiga hari itu yang membabitkan operator air dari seluruh negara bermula Isnin lepas. – HARAKAHDAILY 28/11/2018

- Advertisement -