Beringat sebelum buat kenyataan terbuka

aminudin aling
- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dan beringat sebelum membuat sebarang kenyataan.

- Advertisement -

Saya merujuk kepada sidang media yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy kelmarin berkaitan rusuhan di sebuah kuil di Selangor yang secara terbuka menyalahkan pihak polis.

Saya kira kenyataan seumpama ini sangat berbahaya dan boleh mengancam keharmonian. Walaupun kemungkinan pihak berkuasa membuat kesilapan atau lambat bertindak, pihak menteri boleh membuat teguran yang bersifat dalaman.

Nilai dan kesan kenyataan oleh seorang menteri mempunyai impak yang besar. Apatah lagi kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Hasil daripada kenyataan tersebut, orang awam boleh membuat pelbagai spekulasi yang belum pasti benar. Oleh itu, para menteri dan semua pemimpin masyarakat haruslah seorang yang boleh mengawal emosi dan berfikiran jauh.

Sekiranya tahap menteri umpama orang awam, lebih baik melepaskan jawatan atau dipecat sahaja.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
27 November 2018 – HARAKAHDAILY 27/11/2018

- Advertisement -