Ahli politik usah buat provokasi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ahli politik dinasihati tidak menimbulkan isu provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan serta mengugat keselamatan dan keamanan negara.

- Advertisement -

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sebarang masalah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi membuat penyiasatan.

“Ahli politik jangan berlebihan politik sehingga mendatangkan kesusahan dan kegusaran dalam kalangan rakyat, sepatutnya mereka menentukan keselamatan tidak tergugat.

“Mereka perlu sedar bahawa mereka perlu merapatkan masyarakat dan bukan menimbulkan pergaduhan. Saya harap mereka tidak terlibat dengan benda-benda macam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja ‘Membiasakan Yang Betul dan Membetulkan Yang biasa’ sempena Sambutan Hari Integriti peringkat Kelantan di Kota Darulnaim itu semalam.

Semalam seorang ahli politik membuat tuduhan terhadap sesetengah pihak sebagai punca rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor. – HARAKAHDAILY 27/11/2018

- Advertisement -