Ganabatirau rasis dan dendam, wajar dipecat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keceluparan Exco Kerajaan PH Negeri Selangor, Ganabatirau Veraman melontarkan tuduhan melulu terhadap orang Islam menunjukkan sikap rasis dan dendam yang keterlaluan.

- Advertisement -

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menegaskan individu seperti ini mesti segera dilucutkan sebarang jawatan berkaitan rakyat dan negara.

“Tanpa usul periksa, bukti dan segan silu beliau menaikkan status di ruang media sosial secara terbuka menuduh tindakan merobohkan kuil dilakukan ‘sekumpulan kumpulan Muslim’ (a group of Muslim group).

“Hanya setelah mendapat kecaman netizen barulah dia merubah tulisannya kepada ‘sekumpulan samseng’ (a group of gangsters).

“Apakah jika ada sekumpulan penjenayah berbangsa India merompak, anda akan katakan, “Kumpulan Hindu perompak bank”?

“Tentunya tidak ada orang yang ‘berotak udang’ akan berkata demikian! Namun di Selangor, orang seperti inilah diangkat menjadi Exco Kerajaan Negeri.

“Tolong malulah sikit sesiapa yang menjadi kawan beliau!” bidasnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dengan menggesa tindakan diambil ke atas Adun Kota Kemuning itu.

Ahmad Fadhli turut menempelak ‘pembelaan’ oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa Exco berkenaan telah tersalah tatabahasa sahaja dalam status dimuatnaik itu.

Katanya, kesalahan berlaku bukan pada soal bahasa, tetapi tuduhan yang nyata tanpa bukti kepada pelaku sebenar, sebaliknya dengan cepat mengaitkan orang Islam.

“Jangan dibuat lawak jenaka. Mana mungkin perkataan ‘group of Muslim’ tertukar daripada ‘group of gangsters‘. Sangat tidak logik. Ini perkara serius, MB bertanggungjawab ambil tindakan sewajarnya,” gesa beliau.

Awal pagi tadi berlaku serangan ke atas Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, hingga mencetuskan rusuhan. – HARAKAHDAILY 26/11/2018

- Advertisement -