DAP tidak mahu orang Melayu bersatu

- Advertisement -

MARANG: Pelbagai kecaman dan kritikan yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap PAS dan Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dibalas dengan teguran keras Ahli Parlimen Marang itu.

- Advertisement -

Beliau mengingatkan Kit Siang dan pemimpin DAP lain agar perlu sentiasa menjaga sensitiviti semua kaum di Malaysia ini.

Bahkan, menurutnya parti DAP itu tidak mahu melihat orang Melayu di negara ini bersatu atas nama Islam.

“Supaya menghormati sensitiviti semua kaum. Jangan dilihat satu kaum sahaja. Apa yang jelasnya, DAP melihat satu kaum sahaja dan dia tidak lihat semua kaum.

“Kita lihat bagaimana orang yang bukan kaum Cina dalam DAP, disingkirkan dalam pemilihan dia (DAP).

“Sebenarnya, DAP tidak mahu orang Melayu bersatu, biar orang Cina sahaja bersatu. Terang-terang kata begitulah. Buat tajuk besar, DAP tak mahu orang Melayu bersatu, dia nak Cina sahaja bersatu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh wakil media, apakah nasihatnya kepada Lim Kit Siang dan DAP dalam isu ICERD, selepas Kuliah Pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini. – HARAKAHDAILY 23/11/2018

- Advertisement -