Tawaran subsidi untuk syarikat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta penjelasan kerajaan mengenai berapa buah syarikat yang mendapat tawaran untuk mendapat subsidi yang disebut di Parlimen.

- Advertisement -

“Apakah mekanisma yang melalui tender terbuka atau daripada tawaran terus. Kalau boleh saya nak mendapatkan secara terperinci antara perbezaan syarikat-syarikat pengendali di Sabah dan Sarawak,” katanya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, pihak kementerian telah melantik berpuluh-puluh syarikat sebagai pengangkut untuk membekalkan barangan.

“Saya boleh bekalkan kepada Yang Berhormat secara bertulis kerana saya mempunyai data secara terperinci siapa yang pergi ke tempat itu,” ujarnya ketika sesi soal jawab.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni dalam soalannya meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah kerajaan baru akan meneruskan dasar penyeragaman harga barangan keperluan asas antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. – HARAKAHDAILY 22/11/2018

- Advertisement -