Tahniah: 100 Wanita Inspirasi dan Berpengaruh

- Advertisement -

SEKALUNG tahniah kami ucapkan kepada Yang Arif (YA) Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin atas penghargaan oleh BBC kerana telah tersenarai dalam 100 Wanita Inspirasi dan Berpengaruh 2018 yang telah dikeluarkan pada 19 November 2018.

- Advertisement -

Beliau merupakan satu-satunya wanita Malaysia yang turut tersenarai di samping 99 orang lagi daripada lebih 60 negara seluruh dunia. Hal ini sangat membanggakan kita sebagai wanita dan rakyat Malaysia umumnya atas pengiktirafan luar terhadap tokoh dalam negara kita.

Pengiktirafan dan penghargaan ini adalah kerana komitmen dan ikrar beliau untuk melindungi wanita Islam di mahkamah serta mengubah persepsi negatif rakyat terhadap undang-undnag syariah.

Lebih mengujakan, beliau mengendalikan hampir 5 pertuduhan sehari serta boleh mendengar sehingga 80 kes dalam seminggu, sama ada berkaitan kewangan hingga khalwat. Namun kepakaran beliau adalah dalam bidang hak penjagaan kanak-kanak dan poligami.

Kami Muslimat PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penghargaan yang diberikan kepada YA Nenney Shuhaidah dan berharap agar beliau terus dikurniakan kekuatan dan bimbingan dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Hakim.

Besarlah harapan kami agar seluruh wanita di Malaysia dapat mencontohi semangat dan kesungguhan beliau untuk membuktikan bahawa suara wanita juga didengari di peringkat nasional dan antarabangsa, serta wanita juga berhak mendapat keistimewaan yang sewajarnya dalam negara.

Dr. Rosni Adam
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 November 2018 bersamaan 13 Rabi’ul Awal 1440

- Advertisement -