Penjelasan gantung siaran MyTV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta penjelasan berhubung langkah segera Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyelesaikan masalah penggantungan siaran televisyen digital MyTV yang sedang berlaku di beberapa negeri sejak awal November.

- Advertisement -

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa isu komersial yang masih dalam rundingan di antara pihak MyTV Production Sdn Bhd dengan Telekom Malaysia Bhd.

Fadhli juga turut membangkitkan soalan tambahan mengenai tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menamatkan kemelut yang berlaku dan langkah segera bagi memastikan pergaduhan antara dua gergasi dapat ditamatkan.

“Saya ingin menyatakan bahawa program siaran analog (analogue switch off – ASO) merupakan suatu perkara yang disambut baik oleh masyarakat di luar bandar.

“Ia memberi peluang kepada orang kampung untuk menikmati siaran digital,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Gobind Singh berkata, permasalahan itu akan diselesaikan dalam masa yang terdekat melihat kepada rundingan yang telah dilakukan di antara MyTV dengan TM yang menunjukkan hasil memberangsangkan. – HARAKAHDAILY 22/11/2018

- Advertisement -