ICERD: Pemuda PAS jelajah seluruh Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemuda PAS tampil menjelaskan kepada rakyat terhadap usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

- Advertisement -

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata, pemuda PAS mengambil tanggungjawab menjelaskan kepada rakyat terhadap isu ICERD di seluruh jajahan.

Katanya, gerakan pertama bermula Jumaat lepas dengan mengadakan perhimpunan aman di Dataran Muhammadi yang dihadiri ribuan rakyat Kelantan.

“Dan esok sekali lagi himpunan serupa akan diadakan di Masjid Beijing yang akan dikendali Pemuda PAS Rantau Panjang.

“Penduduk tempatan di Rantau Panjang berpeluang untuk hadir bagi membantah ICERD,” katanya di sini.

Manakala pada 5 Disember pula akan diadakan forum rakyat membincangkan tajuk ‘Bahaya ICERD dan Masa Depan Malaysia’ menampilkan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Forum tersebut akan diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) bermula jam 9 malam.

Nazman juga berkata, kuliah khas bersama Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof akan diadakan pada 30 November ini bermula jam 9 pagi di Dataran Ilmu Tanah Merah.

“Jelajah Pemuda PAS mengenai isu ICERD diadakan di seluruh Kelantan termasuk

Pengkalan Chepa dan Bachok. Di Pasir Puteh diadakan aktiviti mengedar flyers pada 27 November di pasar malam bandar baru.

“Demontrasi ketiga pula akan diadakan pada 30 November di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh juga selepas solat Jumaat,” katanya.

Menurutnya juga program tersebut diadakan bagi membangkit kesedaran rakyat terhadap terhadap ICERD sebelum perhimpunan besar diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Disember depan. – HARAKAHDAILY 22/11/2018

- Advertisement -