Adun PAS sokong usul tolak ICERD

- Advertisement -

KUANTAN: PAS menyokong usul tergempar menolak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dibentang anggota Exco kerajaan negeri.

- Advertisement -

Usul tersebut dibentang Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Shahaniza Shamsuddin pada persidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Adun Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu menolak sebarang usaha menandatangani konvensyen tersebut yang dibuat mengikut acuan Barat.

Katanya, lebih baik kerajaan PH perlu memikirkan keadaan ekonomi yang semakin tenat berbading isu ICERD yang boleh merosakan keharmonian rakyat.

“PAS menolak ICERD kerana ia membabit isu Islam. Jika ia diluluskan ia akan menjejaskan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

“PAS tetap tegas dan tidak berhenti menentang usaha pihak berkenaan untuk meluluskan ICERD sehingga kerajaan PH membuat keputusan menolak ICERD,” katanya ketika membahas usul tersebut.

Adun Umno dan PAS sepakat menolak usul ICERD. Bagaimanapun Adun PH tidak mengambil berat isu berkenaan serta tidak menzahirkan menolak ICERD. – HARAKAHDAILY 22/11/2018

- Advertisement -