PAS tidak binasa dengan kekalahan pilihan raya

- Advertisement -

KANGAR: Penyertaan PAS di dalam pilihan raya adalah untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan Islam, bukannya meraih jawatan hingga kecewa apabila kalah.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad namun mengingatkan, politik atau siasah bukan satu-satunya medan perjuangan PAS, sebaliknya ruang gerak kerja Islam terbuka luas.

Jelasnya, pejuang Islam yang berada di atas jalan kebenaran tidak memiliki sifat binasa meskipun perjuangan politik belum berhasil sebaliknya terus menggerakkan aktiviti dakwah dan tarbiyah.

“Penyertaan PAS di dalam PRU adalah untuk kita dapat kuasa. (Tapi) Kita bukan saja-saja nak jadi Menteri, nak jadi Exco. Kita perlukan kuasa untuk laksana Islam yang tidak boleh laksana melainkan ada kuasa.

“Tanpa kuasa kita tidak boleh menghalamg segala bentuk munkar, maksiat dan sebagainya,” ujar beliau memetik kata-kata Imam Ghazali bahawa agama adalah asas dan pemerintah itu penjaga, di mana tanpanya akan runtuh dan hilang.

Beliau juga memetik ingatan dari Ibnu Mas’ud bahawa orang yang binasa adalah mereka berputus asa setelah berusaha dan orang berbangga dengan dirinya.

Oleh itu katanya, ahli dan pimpinan PAS tidak perlu kecewa dengan pilihan raya yang belum memihak kerana ia bukan satu-satunya nyawa perjuangan, sebaliknya sentiasa mengambil iktibar.

Beliau turut berpesan agar memastikan kesinambungan dengan meniup roh perjuangan kepada anak-anak sejak mereka kecil agar jejak para ibu bapa diikuti dan memahami segala cabaran. – HARAKAHDAILY 21/11/2018 

IMG 20181121 WA0041

- Advertisement -