PAS Petra Jaya gigih santuni penduduk

- Advertisement -

KUCHING: PAS Kawasan Petra Jaya terus menggiatkan usaha kemasyarakatannya menerusi program Kamek Prihatin yang dilaksanakan di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak, Matang Jaya, di sini, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Pelbagai aktiviti dijayakan di bawah program tersebut merangkumi Sekampit Beras Buat Saudaraku, ‘Back To School‘, selain sukaneka, jualan amal dan forum kekeluargaan.

Malah, turut dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan seperti ‘music chair‘, bola beracun, membuat kerabu, dekorasi kuih tradisional, boling kelapa, cucuk benang dalam jarum dan sebagainya.

Yang DiPertua PAS Petra Jaya, Morshidi Hassan berkata, usaha tersebut dilaksanakan sepanjang masa untuk bersama masyarakat dan menyelami kehidupan mereka dan PAS amat prihatin dengan isu-isu yang berlaku.

Beliau berharap usaha membantu masyarakat menerusi sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak membantu beban mereka akibat kos sara hidup yang tinggi. – HARAKAHDAILY 21/11/2018  

IMG 20181121 WA0002

IMG 20181121 WA0005

 

IMG 20181121 WA0003

- Advertisement -