Gagal tunai janji, rancang program baru

- Advertisement -

KOTA BHARU: Masalah besar dihadapi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sibuk rancang program baru, namun gagal menunaikan manifestonya yang diuar-uarkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara isu yang ditimbulkan termasuk laporan dakwaan mengenai rombakan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, khabar angin itu sengaja dicetuskan sebagai agenda supaya ia menjadi tumpuan rakyat.

“Walaupun ada komen mengenai prestasi menteri kabinet, tetapi saya rasa kerajaan akan beri masa cuma dalam konteks ini, apa yang penting mereka mahu menutup janji yang gagal ditunaikan.

“Kegagalan kabinet melaksanakan janji yang ditabur pada PRU lepas menjadi isu pokok sekarang,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Mahabbah dan Sukaneka Mukim Pulau di Kampung Pulau Tengah di sini semalam. – HARAKAHDAILY 19/11/2018

- Advertisement -