Ratifikasi ICERD: Membakar jerami kering perkauman

- Advertisement -

USAI solat Jumaat hari ini, bantahan awam membantah ICERD diadakan serentak di seluruh negara, tanpa mengira bendera dan ideologi politik serta nuansa pertubuhan. Bangsa Melayu yang bersendikan agama terkenal dengan sifat penyabar dan bertolak ansur kali ini sudah tidak mampu memendam rasa amarah terhadap ketololan pemimpin politik PH.

- Advertisement -

riduan mnorJarang dalam sejarahnya amukan Melayu dalam isu politik yang melibatkan kepentingan agama dan bangsa, antaranya bantahan terhadap pembentukan Malayan Union pada tahun 1946. Peristiwa 72 tahun lampau itu, orang Melayu menumpahkan rasa jengkel mereka kepada penjajah British sehingga gelombang kemarahan itu meniti daripada bibir ke bibir masyarakat Melayu, manakala kaum migran hanya menfokuskan untuk mengisi tembolok perut mereka semata-mata.

Setelah 72 tahun kejadian bantahan terhadap Malayan Union yang merapatkan seluruh umat Bumiputera, maka hari ini 16 November 2018 merakamkan semula gelombang masyarakat Melayu yang identifikasikan dalam Perlembagaan negara (Perkara 160) beragama Islam. Jika dihitung peserta bantahan di seluruh negara mapu memcapai lebih seratus ribu orang yang hadir menyatakan sikap terhadap kegelojohan reJim PH.

Politik komunal semakin memburuk dengan peralihan kuasa Mei 2018 kerana barisan kepimpinan negara yang separa dungu dan buta sejarah tanah air. Sebahagian besar pemimpin daripada DAP adalah bersifat etnosentrisme, rasis serta kurang budiman terhadap aspek intergrasi nasional. PAN hanya menjadi terompah tandas DAP, manakala PKR tiada kesatuan sikap dalam menyikapi isu ICERD ini.

Kenyataan P Waytamoorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan adalah kenyataan yang boleh menimbulkan huru hara dan kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Bagi rakyat yang sedar, kenyataannya boleh menyebabkan sentimen dan sensitiviti kaum di negara ini semakin melebar. Jika ia benar dilaksanakan, negara akan menuju kepada krisis hubungan etnik dan perpaduan yang paling keruh dan membahayakan masa depan generasi sedia ada. Lihatlah sejarah pergolakan komunal yang berlaku di luar negara apabila kelompok minoriti menekan dan menindas kelompok majoriti, apa yang berlaku di Fiji pada tahun 1987, sehingga Mejar Rabuka merampas kuasa.

Bahkan pengajaran daripada peristiwa Reformasi Mei 1998 di Jakarta, apa yang berlaku pada etnik Cina. Kesenjangan ekonomi serta keghairahan kelompok minoriti dalam keputusan PRU 1969 juga telah membidankan tragedi 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Apakah pemimpin kerajaan PH hari ini tidak belajar sejarah dan menatap sisi gelap politik komunal yang sangat rapuh di negara ini.

Bantahan awam hari ini berpotensi menelurkan himpunan sejuta ummah jika pemimpin negara buta tuli terhadap kontrak sosial yang telah mengikat negara ini selama puluhan tahun. Usaha meratifikasi ICERD memberi implikasi negatif yang besar kepada keharmonian negara. Sebagaimana pandangan kelompok pakar perlembagaan, kerajaan tidak perlu terburu-buru mengisytiharkan mahu komited dalam meratifikasi ICERD sebelum ia dibahaskan di dipersetujui oleh semua pihak. Ini kerana jika benar kerajaan mahu melaksanakannya, ia akan memberi kesan implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan manakala Artikel 153 pula memperuntukkan secara jelas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asal di negara ini. Meratifikasi ICERD pula boleh memberi kesan terhadap pindaan perlembagaan termasuk terhadap perkara 3 dan artikel 153 bagi mencapai hasrat yang diinginkan. Maka dengan itu ia adalah suatu dasar yang bertentangan dengan perlembagaan negara dan memberi kesan tidak senang dalam masyarakat.

Walaupun Menteri terbabit menafikan bahawa pelaksanaan ICERD tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, dengan jaminan bahawa kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak akan terjejas kerana ia dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Namun apa yang dibimbangkan, kesan ratifikasi ICERD ia merungkai hak agama Islam bagi mereka yang mencabar atau keluar dari Islam serta penghapusan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera akan tergadai. Di sebalik agenda lain dengan pelaksanaan ICERD ini nanti, umat Islam akan semakin hilang identitinya, kuasa dan kekuatan agama Islam dalam negara akan hilang pengaruh.

Selain itu, tindakan meratifikasi ICERD akan mendedahkan negara kepada tekanan antarabangsa supaya undang-undang yang tidak selari dengan konvensyen itu dipinda. Malah tindakan meratifikasi tanpa meminda undang-undang berkaitan hanya akan memalukan negara pada mata dunia kerana kerajaan dilihat bersetuju dengan konvensyen itu tetapi tidak mengambil apa-apa langkah ke arah persetujuan itu. Yang dibimbangi adalah negara akan terdedah kepada peruntukan perjanjian dan akan tertakluk kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ancaman yang paling serius adalah keadaan di mana kerajaan Malaysia akan terikat, tunduk dan dikawal oleh kuasa luar secara tidak langsung. Kedaulatan negara semakin mudah dicabar, diceroboh bahkan dikuasai oleh pihak lain dengan cara ini.

Ingatlah, bangsa Melayu terkenal dengan santun dan rela berkongsi Tanah Melayu dengan kaum migran, begitu juga syarat penurunan tandatangan Raja-Raja Melayu sebelum pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jangan diusik hak orang Melayu dan agama Islam, mengabai dan meremehkan kontrak sosial ini seperti satu usaha bodoh membakar jerami kering perpaduan kaum. Jangan menyulut api pada keharmonian negara ini, bahananya membakar diri! – HARAKAHDAILY 16/11/2018

Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI.

- Advertisement -