PAS kecewa Dun Melaka tolak bahas ICERD

- Advertisement -

PAS Negeri Melaka amat kecewa dengan insiden yang telah berlaku semasa sidang Dun Negeri Melaka semalam kerana menolak perbahasan usul tergempar isu ICERD. Bahkan saya difahamkan pembawa usul iaitu ketua pembangkang diarahkan keluar dewan.

- Advertisement -

PAS berpendirian isu ini mempunyai kepentingan umum apatah lagi ianya boleh mengugat perlembagaan perkara 153 hak keistimewaan bumiputera serta berkaitan kontrak sosial. Ianya amat wajar usul itu perlu dibahas dan satu pendirian konkrit dari suara Dun Melaka walaupun kerajaan pusat belum membuat keputusan.

Sewajarnya speaker dewan serta ahli dewan sensitif akan isu rakyat, ini bukan isu berlainan politik. Saya beranggapan speaker serta Adun PH tidak faham isu ICERD lantas tidak bersedia untuk berbahas sedangkan sebelum ini mereka kerap kali melaungkan konsep keterbukaan.

Bagi pihak PAS Negeri Melaka, saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Idris Harun serta Adun pembangkang lain yang berani bersuara membawa isu ICERD.

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka – HARAKAHDAILY 16/11/2018

- Advertisement -