Masyarakat majmuk dipertahan sejak merdeka

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diajak menghadiri perhimpunan aman bagi membantah usaha kerajan Pakatan Harapan (PH) meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) petang ini.

- Advertisement -

Perhimpunan anjuran Pemuda PAS Kelantan, Umno dan NGO itu akan di dataran Muhammadi berhampiran Masjid Muhammadi selepas solat Jumaat.

Senator Asmak Husin berkata, bantahan itu perlu dilakukan demi untuk menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Malaysia sehingga sekarang terkenal dengan masyarakat majmuk mengikut acuan yang dipersetujui sejak merdeka.

Malah kata beliau ia juga dianggap selari dengan kaedah Islam.

“Hari ini kita perlu bersuara demi solidariti ummah, Insya-Allah semoga Allah memberkati demi mempertahankan Islam dan Membangun Bersama Islam,” ujarnya di sini. – HARAKAHDAILY 16/11/2018

- Advertisement -