Barang apa turun harga selepas SST?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli meminta kerajaan menyatakan senarai harga barang yang turun sejak pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

- Advertisement -

Ini, katanya berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berhubung perkara itu.

“Dilaporkan sebanyak 129 barang mencatatkan penurunan harga. Apakah boleh diperjelaskan apakah barang-barang yang turun selepas pelaksanaan SST pada 1 September 2018?” soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, faktor utama rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan adalah disebabkan peningkatan kos sara hidup.

“Maka sepatutnya bajet yang dirangka pada tahun 2019 mestilah memberi fokus kepada teras manifiesto.

“Jadi, apakah mekanisma yang disediakan bagi memberi kepastian kepada rakyat bahawa kos sara hidup mereka akan dapat mereka lalui untuk mendepani masa dalam tahun 2019 sehingga kepada Belanjawan 2020,” soal beliau lagi.

Dalam perbahasan sama di Parlimen, beliau turut menyentuh beberapa manifiesto Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak ditunaikan dalam Belanjawan 2019. – HARAKAHDAILY 16/11/2018

- Advertisement -