Tingkat bantuan sara hidup nelayan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) meningkatkan bantuan sara hidup nelayan kepada RM500 sebulan.

- Advertisement -

“Saya minta supaya bukan setakat diperkenalkan balik, atau meneruskan sahaja, tetapi meningkatkan lagi kepada RM300 hingga RM500 sebulan.

“Rakyat saya di Kuala Nerus, ramai yang bekerja sebagai nelayan. Pendapan mereka ialah hanya sekitar RM600 hingga RM1,000 sebulan,” kata beliau ketika membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, tanpa bantuan seumpama itu, agak sukar bagi mereka berhadapan dengan keperluan harian.

Beliau berharap agar kerajaan PH meningkatkan lagi elaun sara hidup nelayan, terutama apabila tiba musim tengkujuh yang sememangnya boleh menggugat mata pencarian mereka. – HARAKAHDAILY 14/11/2018

- Advertisement -