Aplikasi KelantanPay tingkat hasil negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Aplikasi KelantanPay yang bakal dibangunkan kelak mampu melonjakkan lagi kadar kutipan hasil kerajaan negeri selain memudahkan transaksi agensi serta jabatan kerajaan.

- Advertisement -

Pengurus Besar Kelantan Utilitie Mubaarakan Sdn Bhd, Mahadi Mokhtar berkata, pembangunan sistem itu bagi menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian.

Katanya, ia dijangka akan meningkatkan lagi kadar kutipan hasil kerajaan negeri.

“Dan paling penting dapat memberi kemudahan urusan transaksi kepada semua agensi serta jabatan kerajaan negeri.

“Bagi menjayakan usaha ini, kita bekerjasama dengan Kelantan ICT Gateway anak syarikat PKINK, Kelantan Utiliti Mubaarakan dan Zen Trillion Sdn Bhd,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama antara ketiga-tiga agensi itu di Kota Darulnaim di sini semalam.

MoU itu disaksikan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Mahadi juga berharap jabatan, agensi serta syarikat milik kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi sokongan sistem tersebut. – HARAKAHDAILY 14/11/2018

- Advertisement -