Seminar Sejarah PAS 19 Jan 2019

- Advertisement -

INSYA-ALLAH Seminar Sejarah Penubuhan Awal PAS yang pertama anjuran bersama Assabiqun dan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) akan berlangsung sehari pada Sabtu, 19 Januari 2019 di kampus KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Yayasan Pemikiran Tok Guru Kerajaan Kelantan telah memberi isyarat sedia jadi penganjur bersama.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merasmikannya dijangka akan menyampaikan saranan penting tentang pensejarahan PAS dari sumber PAS sendiri untuk diketahui masyarakat umum khususnya genarasi baru PAS dan penyokongnya.

Pada era suara anak muda dalam politik negara menjadi topik perdebatan hangat sekarang, sejarah politik PAS perlu didedahkan angkatan muda khususnya para pelajar, dan ia adalah penting bagi mengukuhkan keberadaan penyokong PAS dalam gerakan Islam sejagat.

Usaha dibuat untuk membawa Prof Dr Khoo Kay Kim demi pencerahan pandangan sejarah PAS dari segi akademik dan politik nasional serta peranannya dalam pembentukan bangsa Malaysia.

Kertas pensejarahan sejak sebelum PAS ditubuhkan hingga liku pahit manis selama 63 tahun akan bentangkan oleh Fadli Ghani, Ketua Bahagian Sumber PAS di bawah Pusat Penyelidikan PAS.

Tiga jasawan penting PAS yang mewakafkan lebih separuh dari usianya atau lebih dari separuh usia kewujudan PAS sebagai pemimpin di berbagai peringakat akan diminta memberi ulasan tentang sejarah parti itu dan pengorbanan yang diberi oleh pimpinan awalnya. Sudah tidak ramai lagi jasawan yang masih ada yang boleh memberi hikayat tentang perjalanan lampau PAS dan perjuangan Islam selepas musim Jepun.

Mereka ialah Dato’ Mustafa Ali, Dr Daeng Sanusi Mariok dan penulis rencana ini.

Arahan rasmi seminar 19 Januari 2019 ini akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS dan makluman awal ini adalah bagi menyediakan PAS negeri dan wilayah serta kawasan-kawasan membuat persediaan menyertainya, dan supaya tidak ada kawasan di Semenanjung tidak menghantar wakil.

Peserta wajib adalah anggota sidang Assabiqun semua perinagkat, 10 ahli perhubungan setiap negeri, 4 dari setiap kawasan, setiap ahli jawatan kuasa setiap Dewan, 3 ahli dewan negeri dan dua orang ahli dewan kawasan.

Ahli jemputan sekalian Ahli Parlimen/Senator dan Adun.

Ia adalah terbuka kepada ahli-ahli akademik khususnya fakulti sejarah, mahasiswa dan pelajar, serta sekalian yang meminati sejarah. Bukan Islam dialu-alukan.

Pendaftaran awal dan pertanyaan melalui talian KUIZM, Puan Salbiah WAhab 019-3365654 dan Penolong Setiausaha Assabiqun, Ustaz Abdul Hadi Halim 019-4295405.

Atau pendaftaran terus pada hari seminar. Tetapi digalakkan pendaftaran awal melalui talian sebelum 12 Januari 2019 demi kemudahan persiapan. – HARAKAHDILY 12/11/2018

- Advertisement -