Apa tindakan kerajaan atasi makanan palsu?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambi tindakan drastik terhadap isu jualan telur dan beras palsu yang meluas bukan sahaja palsu dari segi pembuatan malah membahayakan kesihatan, tegas Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

- Advertisement -

Katanya, ini kerana ia mengandungi bahan kimia yang dijual di pasaraya dan pasaran dalam negara.

Beliau mempersoalkan apakah tindakan drastik yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menangani isu pembuatan makanan palsu.

Katanya, ini kerana ia merupakan isu besar yang menyentuh keselamatan untuk makanan rakyat.

Menurut beliau, apakah kerajaan akan menyediakan satu pasukan khas selain pasukan pemantau yang sedia ada untuk memastikan semua jenis barangan bukan barangan palsu yang ternyata membahayakan kesihatan.  

Beliau membangkit perkara itu dalam sesi soalan tambahan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya menyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi penjualan makanan palsu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, soalan tersebut lebih baik diajukan kepada Menteri Kesihatan kerana hal tersebut bukan dibawah bidang kuasa pihak Menteri.

- Advertisement -