TG Abdul Hadi jumpa Abdullah Gul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Turki, Abdullah Gul di pejabatnya, di Istanbul, Turki.

- Advertisement -

“Pertemuan dengan Abdullah Gül, mantan Presiden Turki yang juga anak didik kepada Necmettin Erbakan, diadakan dengan penuh kemesraan di pejabat beliau,” tulis beliau menerusi laman Facebook.

Tuan Guru mengimbau kenangan bersama Abdullah dan Erbakan sewaktu bermusafir ke Amerika Syarikat.

“Saya mengimbau kenangan bersamanya dan Erbakan sewaktu bermusafir ke US. Kami juga bertukar pandangan terhadap perkembangan politik Malaysia dan Turki.

“Saya ucapkan terima kasih di atas layanan sangat baik kepada kami,” tambahnya.

Menurutnya, Abdullah mendoakan kejayaan PAS dan mengharapkan hubungan itu terus akrab.

Abdullah Gul menjadi Presiden Turki ke-11 bermula 2007 hingga 2014 lalu.

Tuan Guru berada di Turki kerana menghadiri Muktamar Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke-5 di Istanbul.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkesempatan menghadiri Persidangan Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Islam (IFIP) di Istanbul. – HARAKAHDAILY 7/11/2018

- Advertisement -